Friday, April 20, 2012

Cinta Pertama?

Korang ada cinta pertama?
Saya pun pernah ada.
Kalau di tanya best ke cinta pertama ko?
Saya akan jawab..best dan tak best.
Berapa lama saya bercinta?
6 tahun..6 tahun yang konsisten dengan “putus & sambung”.hehe.
Tak sakit ke putus cinta?
Gile tak sakit? Meroyan saya tau..sampai nangis2..Bila ingat balik sangat malu hokeh.
Kesudahan yang pasti, akhirnya putus dengan sempurna juga hubungan saya dan dia.

Saya bukan saja pernah putus cinta, juga pernah putus tunang.
Putus tunang ni, cerita lain. Cerita yang saya sendiri tak tahu macam mana nak klasifikasikan.
Sehingga kini saya menyesali perbuatan saya kenapa saya bertunang
dengan orang yang saya tidak cinta.http://www.emocutez.com
Maafkan saya. Itu saja saya mampu luah jika tiba2 lelaki tu muncul di depan saya.
Dan saya doakan agar dia jumpa wanita baik kerana..
Dia masih single.

Dan...cinta yang saya miliki kini sangat indah.
Saya sangat sayangkan cinta hati saya yang sekarang ini.
Paling penting dia berjaya buat saya lupakan cinta pertama saya.
Saya tau cinta hati saya ni pernah ada cinta pertama..
Ada kisah lama. Seperti juga saya..
Trial & error :)
2 tahun lebih saya berkasih sayang dengan dia sebelum kami mengikat hubungan ni.
Sepanjang2 perhubungan tu bohong lah kalau tak gaduh,
tak merajuk,tak makan hati, tak bergembira ria..
Maklum lah..kami bukan robot,dalam proses penyesuaian diri & penyatuan hati ni..
ada yang kena, ada yang tak tak kena..
Tapi alhamdulillah kami berjaya lalui semua itu dengan baik. Dengan keizinan-Nya.

Demi Allah, saya sayang kan cinta hati saya yang kini adalah suami saya.http://www.emocutez.com
Lelaki terbaik dalam hidup saya selepas Pak Usop. Dia jaga saya dengan baik sebagaimana abah & mak jaga saya.Keluarga mertua saya juga sangat baik.
Apa lagi yang di inginkan oleh seorang wanita jika kesempurnaan memiliki keluarga telah terbentang luas sebegini?
Hanya pada Allah saya mohon dan panjatkan kesyukuran, panjangkan kasih sayang kami dan pelihara hubungan ini sehingga ke hujung nyawa.
Semoga benih cinta yang bakal lahir nanti akan semarakkan lagi kasih sayang kami.InsyaAllah.




Dan Blog ini, dari mula telah saya cerita kan tentang kisah kami, sehinggalah kini saya tak jemu nak bercerita kisah kami..
Mana tahu satu hari nanti salah seorang antara kami tiada lagi di sisi masing²..
blog ini akan jadi kenangan terindah.
Kerana saya dan dia tahu..kami saling memiliki cinta itu.

Pada kawan2 yang putus cinta, jangan give up ok. Nak lupakan cinta lama senang je, cari je cinta baru. memang la bukan senang nak cari pengganti. tapi kita usahakan yok..Pupuk dan baja sebaiknya. Jangan serik bercinta kerana anda mungkin akan terlepas cinta kalau terus tutup hati tu.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi….

Cinta lama.. http://www.emocutez.com
Saya pernah kecewa, tak semestinya akan terus kecewa. Allah beri yang lebih baik untuk kita.
InsyaAllah.
Related Posts with Thumbnails