Wednesday, April 25, 2012

Beza RM1 je..Tapi sakit hati jugak :P


Ini lauk yang di tapau masa lunch tadi..
Ingat tak saya pernah citer pasal kedai melayu yang baru di buka kat area ofis ni.
yang mahal cekik darah..
Agaknya ramai yang komplen, sekarang ni dia buat harga makan buffet style.
Makan la apa saja cuma RM4.50..tidak termasuk air ye..
Pernah la makan lepas pomosi tu..memang RM4.50..tapi tu ler selera mak buyong bukan la besar sangat rasa tak berbaloi bayar RM4.50.

Tapi tadi, tak tau nak pegi mana jadi pegi la kedai tu balik..
dengan niat di hati nak tapau la..
So dia cakap RM4.50 la kan? saya dan member pun amik la makanan tanpa kesedaran diri,
dengan ikan parinya, dengan ayam gorengnya, tempe goreng , telor goreng , sayur kangkung , sambal belacan , timun lagik..

Skali pegi bayar..dia cakap total RM5.50.Agak sakit hati la plak ngn pakcik ni..
Apsal RM5.50..tulis kat situ RM4.50 je?  saya tanya..
(dah stat murung ni, rasa cam nak keluarkan balik ayam & tempe tu kekekek)

Yang RM4.50 tu untuk yang makan kat kedai je, yang bungkus harga lain..jawab dia dengan hidung kembang kembang & kuncup.

OK..saya memang sakit hati sebab semalam kawan saya tapau sampai polisterin takleh tutup dia dapat harga RM4.50 je. Bukan sorang tapi 2-3 orang juga cakap harga sama kalau makan kat kedai mahupun yang tapau..Tapi bukan pakcik ni yang kira..Wife dia yang baik hati tu kira.Tak adil tau. Bini cakap lain, laki cakap lain. Pakcik jahat!http://www.emocutez.com

Venci tau.....tapi makan jugak sampai abis..ingatkan tak abis tadi..marah punye pasal..ngaummm :S

Update 27/4 @ Jumaat - Harini cuba tapau lagi..nak tengok harga..tau kene caj brapa ? RM4.50 je..sebab pakcik tu xdee......kakak tu not even tengok pun isi dalam polisterin itew. tensyen yeooo.
Related Posts with Thumbnails