Sunday, July 15, 2012

Makan Awal :)


Gumbiranya hatiku dapat makan nasi impit dengna kuah kasanggggg..
pagi makan tu, tengah hari pun makan tu..thanks mak sebab tolong masakkan.
Mak tanya lagi..ada lagi tekak nak makan apa long? cakap je..nanti mak buatkan..
hihi.......rasa macam dah takde pe nak makan lagi.
TAPI...
Eh...bubur kasang pun macam sedap....nak makan la pasniiiiii hahahahha

Wednesday, July 11, 2012

^_^


Menghitung Hari.....

Assalamualaikum.
Nak citer..Baru2 ni..bodben hilang.bukan bodben je..
kunci umah, kunci drawer..brooch..eihh..x bley jadi ni..apsal ilang memanjang...
woha..jenuh la mencari mana la beliau-beliau itew terjatuh..
tanya sana..tanya sini..xde pon sapa2 jumpa.
x bley tenang hati ni.
Susah nak meniaga tanpa bodben.nk haplod2 gambo segala bagai..
reply pertanyaan customer pun pakai hp jer..x puass!!
Setelah berhari2 mencarik..upenya bodben tu x ilang ke mana..
dalam enbeg je..mencik...rupenya ada lubang kecik..lubang tu la meloloskan bodben dan segala macam khazanah..yehaa..kelegaan yg nyata tak terkira..hihih..

Dah 36W...minggu depan..ada epoimen ngn pakar..nak pusingkan baby.baby sedap dok atas lagi xmo pusing..shayang mama pusing la bawah....pusing ke laluan yang betul..bole la kuar dengan gumbira ria hehehe..
Doakan yek..harap2 berjaya la sesi pusing memusing ni..risau,seriau semua ada.malam nak tido jgn cakap la..kalau atas katil dah macam telor dah badan ni..tergolek,pusing sana sini..



Dalam menghitung hari..otak terus giat berpikir & berpikir nak meniaga apa lagi..haha..
Sekarang masih active menjual novel 2nd hand & lain2 barang..untuk menghilangkan borinnn hihi..
Baru lepas hapdet stok & balut2 novel untuk di pos esok.Aku xde la g pos..suh adik/encik asben yg pos..
Masih meniaga cheese powder..tapi skrg hand-over kat Macik Sarah.giat meniaga tuhh..kekawan ramai la katakan..lagi2 nak raya ni..ramai ler oder buat stok.
like mader like doter ~ suke meniaga hehehehee.

Dekat nak poser kan..syoknyeee...harap sempat menjejakkan kaki ke bazar ramai sebelum my darling baby kuarrr...nak minum air kelapa puas2!!!! hahhahha
 

Friday, June 22, 2012

PESTA BUKU SELANGOR 2012


Moh kiteee..ke tempat yang menenangkan jiwa hahahaha..
jom melabur kat sini plaks..$$$$ berterbangann dengan girang nye..uhkkk

Yang ni plak..sedang berlangsung sekarang..
Kedai Buku Sinar Bestari mengadakan Pesta Buku Sinar Bestari di perkarangan pusat beli-belah Ole-Ole Seksyen 18 bermula kelmarin sehingga 25 Jun ini.
Dengor2 buku Alaf 21 ada diskaun hingga 40%...wohaa....arap2 25/6 ni dah masuk ler gaji..mau terjahhh jugak :P

Thursday, June 21, 2012

Cerita Malam Hari..

Letihnya badan :P
Sekarang tengah banyak mood menghadap laptop..
snap gambar itu ini..pastu post kat blog ngn fb..hihi..


Semangat meniaga tu makin bertambah2 plak sekarang..
Alhamdulillah, Selagi mampu, aku akan usahakan.
Walaupun niaga kecik2 macam ni, aku happy..

Oh ye..dulu aku penah ada blog, aku create blog personal baru (yang sekarang ni la)
sebab lupa email apa yang aku guna..
Kalau password bole gak godam2 hahaha.
Tapi tadi tiba2 dapat ilham bukak email dan x pasan upenya email tu la yang linked ngn blog tu.wahaaha..
Trus bukak blog tu..hola sukenya!! ♥ ♥
Sungguh rasa nak nagis tengok semua posting lama..dah beratos posting sey..
Rupanya aku dah lalui banyak fasa dalam kehidupan.
Cerita sedih & sweet2 things dan byk gak gegambar kat situ.
Dalam blog tu la paling banyak aku coretkan tentang rasa hati..rasa nak ON semula..tapi..
takpe la..biar blog tu jadi kenangan terindah.Yang penting aku puas ati dapat bukak dan baca balik semua posting merapu aku dolu2.dan pastu senyum sowang2 ^_^

Ada lagi few weeks nak bawak perut..Sekarang dah 34w..
Barang2 my darling baby semua dah ready..dah masukkan seme dalam bag..
tapi asek lupe je nak simpan dalam kete..haila..haila..
tinggal mommy dia je,
ada barang yang x beli lagi..next week la..kain batik paling utama..
sampai sekarang x pandai pakai kain batik kekeke..
Macam2 perasaan yang ada dalam ati sekarang ni.
semuanya bercampur2..takot tu yang paling banyak.
Semoga Allah permudahkan segalanya. 




Sunday, June 17, 2012

Wiken Yang Indah :)


Tu dia..deretan kete anak2 Pak usop & Macik Sarah, kete Angah tak dapat masuk dalam gambar, tepakse paking depan umah jiran..sebab halaman rumah dah FULL..hehe


Hidangan tengah hari...simple & sedap..menepati selera kitorang seme...Air tangan seorang ibu sentiasa best di hati anak2 kaannn..
 Muhammad Firash Islam...anak buah aku yang baru lahir tu..
Baru je lepas habis pantang..this wik dia datang tengok wan & atok dia..
So,kitorang semua adik beradik berkumpul..
lepas lunch, terus aku ngn encik hubby g Pulau Indah..cari doyan..
nak makan ramai2 ngn adik beradik..
Dapat lah aku rasa 2-3 bijit.tu pun takot2 gak nak makan..doyan kan panasss..
puas minum air kosong tadi haha..

Apapun...seronok sekali sekala berkumpul adik beradik..
Cuma adik yang tengah study kat Pahang je tak dapat join, sebab seawal pagi tadi dah balik kampus.

Sunday, June 10, 2012

YuMMy CheeZy :)


Assalamulaikum semua..
Hee..macam dah lama tak 'menconteng' di 'rumah cinta' ni.Sekarang agak sibuk sikit..
kerja makin bertambah..sementara menunggu due date..makin banyak kerja yang menanti.
Nak ajar member lagi kerja2 yang bakal di tinggalkan..

Hm..sekarang ni sementara sibuk menjual novel2 terpakai, beg2, baju2..ada lagi satu biz aku buat..
Jual cheese powder..sangat suker..sedap rasanya!!
Esok aku akan ambil stok untuk 3rd badge...syukur, rezki baby dalam peyot ni..
Dan ada yang dah repeat order..memang sedap di makan dengan wedges,nugget,burger,macaroni dan macam2 lagi..cara nak sediakan juga mudah, cuma bancuh dengan air panas.

So kalau ada antara kawan2 yang berminat nak rasa cheese powder ni, boley sms/email ke :
012 2410957 / cutiekura@gmail.com.
Rasa memang macam kat cheezy wedges kat ke ep ci tu..cubalah...syedapp yu.

Sunday, May 27, 2012

Wedding! Lagi dan lagi..


Bandingkan 2 gambar ni...beza cuma 1 tahun 3 bulan hehe..
Alhamdulillah...akhirnya sampai jodoh kawan baikku..Happy for her. Dan akhirnya setelah setahun lebih tak berjumpa kawan2 tersayang, aku gagahkan diri jugak ke Teluk Intan hari ni..kalau nak di ikutkan sangat tak larat nak berjalan jauh, tambahan pula cirit birit tak hilang lagi, kena pulak bawah perut ni rasa sakit menyucuk2 dan lenguh sentiasa..memang rasa nak baring je..tapi kerana rindukan mereka semua dan ingin sama meraikan hari bahagia Puan Nur dan suami..kami suami isteri sampai juga ke sana..horeyyy.

Majlis yang sweet & perjumpaan yang kejap tapi aku amat berpuas hati.Aku doakan kebahagiaan kedua mempelai hingga ke hujung nyawa.Cepat2 dapat baby :)

Paling tak suke tengok gambar sendiri..haih..sangat gemok hokeh :( tak sabar nak back to shape again hihi..dan x sabar tunggu my darling baby keluar bulan pose nanti..InsyaAllah.

Gambar kedua adalah gambar terkini di ambil tadi, gambar ketiga pada hari wedding aku tahun 2011.Ada yang semakin kurus, ada yang semakin montel (aku lettew! hahahaha).

Thursday, May 24, 2012

*cherry berry*


Arghh...kemarin perut dah stat memulas2..banyak kali la jugak kuar masuk toilet.Memang tak tahannn.
Semalam plak..kan dengan gumbiranya pegi masak sambal udang petai..
yea....malam tadi, hasil kegigihan makan malam tu telah membuahkan kejayaan dalam toilet.
Ada la dalam 4 kali kuar masuk..tidorku tak nyenyak..sakit memulas-mulas..tiada lagi bentuk pepejal yang keluar..cecair je..naik letih badan ni..nak makan obat plak takut..tengok encik hubby lena je tidor..jelessssss** jelesssss** hOhO..

Selera makan dah mengurang..Tak tahu nak buat apa lagi nak mengurangkan cerry berry ni.Air masak dah puas minum..La ni nak try minum teh pekat..tengok kaler pun tak suke..Baby keep on kicking..Tah selesa atau tidak tak tau la..sian baby aku.
Sabar ye my darling baby..Mama tengah usaha ni nak elokkan perut.sobs sobs *_*

Pujuk Isteri?


Hehe...jumpa gambar ni kat FB Oh Media!..cara nak pujuk isteri yang tengah hot..Saja lah nak sharing..
Boleh cair ke kemarahan seorang isteri? Sile cuba sendiri yer..woha :P
Related Posts with Thumbnails