Friday, June 22, 2012

PESTA BUKU SELANGOR 2012


Moh kiteee..ke tempat yang menenangkan jiwa hahahaha..
jom melabur kat sini plaks..$$$$ berterbangann dengan girang nye..uhkkk

Yang ni plak..sedang berlangsung sekarang..
Kedai Buku Sinar Bestari mengadakan Pesta Buku Sinar Bestari di perkarangan pusat beli-belah Ole-Ole Seksyen 18 bermula kelmarin sehingga 25 Jun ini.
Dengor2 buku Alaf 21 ada diskaun hingga 40%...wohaa....arap2 25/6 ni dah masuk ler gaji..mau terjahhh jugak :P

Thursday, June 21, 2012

Cerita Malam Hari..

Letihnya badan :P
Sekarang tengah banyak mood menghadap laptop..
snap gambar itu ini..pastu post kat blog ngn fb..hihi..


Semangat meniaga tu makin bertambah2 plak sekarang..
Alhamdulillah, Selagi mampu, aku akan usahakan.
Walaupun niaga kecik2 macam ni, aku happy..

Oh ye..dulu aku penah ada blog, aku create blog personal baru (yang sekarang ni la)
sebab lupa email apa yang aku guna..
Kalau password bole gak godam2 hahaha.
Tapi tadi tiba2 dapat ilham bukak email dan x pasan upenya email tu la yang linked ngn blog tu.wahaaha..
Trus bukak blog tu..hola sukenya!! ♥ ♥
Sungguh rasa nak nagis tengok semua posting lama..dah beratos posting sey..
Rupanya aku dah lalui banyak fasa dalam kehidupan.
Cerita sedih & sweet2 things dan byk gak gegambar kat situ.
Dalam blog tu la paling banyak aku coretkan tentang rasa hati..rasa nak ON semula..tapi..
takpe la..biar blog tu jadi kenangan terindah.Yang penting aku puas ati dapat bukak dan baca balik semua posting merapu aku dolu2.dan pastu senyum sowang2 ^_^

Ada lagi few weeks nak bawak perut..Sekarang dah 34w..
Barang2 my darling baby semua dah ready..dah masukkan seme dalam bag..
tapi asek lupe je nak simpan dalam kete..haila..haila..
tinggal mommy dia je,
ada barang yang x beli lagi..next week la..kain batik paling utama..
sampai sekarang x pandai pakai kain batik kekeke..
Macam2 perasaan yang ada dalam ati sekarang ni.
semuanya bercampur2..takot tu yang paling banyak.
Semoga Allah permudahkan segalanya. 




Sunday, June 17, 2012

Wiken Yang Indah :)


Tu dia..deretan kete anak2 Pak usop & Macik Sarah, kete Angah tak dapat masuk dalam gambar, tepakse paking depan umah jiran..sebab halaman rumah dah FULL..hehe


Hidangan tengah hari...simple & sedap..menepati selera kitorang seme...Air tangan seorang ibu sentiasa best di hati anak2 kaannn..
 Muhammad Firash Islam...anak buah aku yang baru lahir tu..
Baru je lepas habis pantang..this wik dia datang tengok wan & atok dia..
So,kitorang semua adik beradik berkumpul..
lepas lunch, terus aku ngn encik hubby g Pulau Indah..cari doyan..
nak makan ramai2 ngn adik beradik..
Dapat lah aku rasa 2-3 bijit.tu pun takot2 gak nak makan..doyan kan panasss..
puas minum air kosong tadi haha..

Apapun...seronok sekali sekala berkumpul adik beradik..
Cuma adik yang tengah study kat Pahang je tak dapat join, sebab seawal pagi tadi dah balik kampus.

Sunday, June 10, 2012

YuMMy CheeZy :)


Assalamulaikum semua..
Hee..macam dah lama tak 'menconteng' di 'rumah cinta' ni.Sekarang agak sibuk sikit..
kerja makin bertambah..sementara menunggu due date..makin banyak kerja yang menanti.
Nak ajar member lagi kerja2 yang bakal di tinggalkan..

Hm..sekarang ni sementara sibuk menjual novel2 terpakai, beg2, baju2..ada lagi satu biz aku buat..
Jual cheese powder..sangat suker..sedap rasanya!!
Esok aku akan ambil stok untuk 3rd badge...syukur, rezki baby dalam peyot ni..
Dan ada yang dah repeat order..memang sedap di makan dengan wedges,nugget,burger,macaroni dan macam2 lagi..cara nak sediakan juga mudah, cuma bancuh dengan air panas.

So kalau ada antara kawan2 yang berminat nak rasa cheese powder ni, boley sms/email ke :
012 2410957 / cutiekura@gmail.com.
Rasa memang macam kat cheezy wedges kat ke ep ci tu..cubalah...syedapp yu.

Sunday, May 27, 2012

Wedding! Lagi dan lagi..


Bandingkan 2 gambar ni...beza cuma 1 tahun 3 bulan hehe..
Alhamdulillah...akhirnya sampai jodoh kawan baikku..Happy for her. Dan akhirnya setelah setahun lebih tak berjumpa kawan2 tersayang, aku gagahkan diri jugak ke Teluk Intan hari ni..kalau nak di ikutkan sangat tak larat nak berjalan jauh, tambahan pula cirit birit tak hilang lagi, kena pulak bawah perut ni rasa sakit menyucuk2 dan lenguh sentiasa..memang rasa nak baring je..tapi kerana rindukan mereka semua dan ingin sama meraikan hari bahagia Puan Nur dan suami..kami suami isteri sampai juga ke sana..horeyyy.

Majlis yang sweet & perjumpaan yang kejap tapi aku amat berpuas hati.Aku doakan kebahagiaan kedua mempelai hingga ke hujung nyawa.Cepat2 dapat baby :)

Paling tak suke tengok gambar sendiri..haih..sangat gemok hokeh :( tak sabar nak back to shape again hihi..dan x sabar tunggu my darling baby keluar bulan pose nanti..InsyaAllah.

Gambar kedua adalah gambar terkini di ambil tadi, gambar ketiga pada hari wedding aku tahun 2011.Ada yang semakin kurus, ada yang semakin montel (aku lettew! hahahaha).

Thursday, May 24, 2012

*cherry berry*


Arghh...kemarin perut dah stat memulas2..banyak kali la jugak kuar masuk toilet.Memang tak tahannn.
Semalam plak..kan dengan gumbiranya pegi masak sambal udang petai..
yea....malam tadi, hasil kegigihan makan malam tu telah membuahkan kejayaan dalam toilet.
Ada la dalam 4 kali kuar masuk..tidorku tak nyenyak..sakit memulas-mulas..tiada lagi bentuk pepejal yang keluar..cecair je..naik letih badan ni..nak makan obat plak takut..tengok encik hubby lena je tidor..jelessssss** jelesssss** hOhO..

Selera makan dah mengurang..Tak tahu nak buat apa lagi nak mengurangkan cerry berry ni.Air masak dah puas minum..La ni nak try minum teh pekat..tengok kaler pun tak suke..Baby keep on kicking..Tah selesa atau tidak tak tau la..sian baby aku.
Sabar ye my darling baby..Mama tengah usaha ni nak elokkan perut.sobs sobs *_*

Pujuk Isteri?


Hehe...jumpa gambar ni kat FB Oh Media!..cara nak pujuk isteri yang tengah hot..Saja lah nak sharing..
Boleh cair ke kemarahan seorang isteri? Sile cuba sendiri yer..woha :P

Wednesday, May 23, 2012

Masak masak.....


Setelah hampir 7 bulan tak masak (sebab alahan tau..bukan saja2 malas masak hihi)..
akhirnya gagahkan diri jugak memasak kat rumah sendiri..
Sejak preggy sampai lah ke 30w ni..memang makan kat rumah mak & abah je..memang tak larat.Lagi pulak memang mak sendiri suruh balik makan kat sana...So, apa lagi..makan je la kan..lepas makan, balik umah,mandi, tinggal nak titon je..

Tapi sejak semalam..keinginan nak memasak tu timbul...hihihi..kemarin dah beli sikit2 barang dapur...yang dulu2 punya semua dah buang...yela...brapa lama tinggal barang2 tu semua..banyak yang dah rosak..

So,inilah hidangan malam kami..puas sangat hati dapat memasak kembali untuk encik hubby..Simple je.Kejar masa lagi pulak kitorang memang everyday sampai rumah lepas maghrib..huhu...jadi memang rushing..
Harap pasni takde la alahan lagi.Amin :)

p/s : sila abaikan kuah yang terpercik2 kat mangkuk kuah sambal udang petai tu ye..lupe nak lap sebelum snap pic.tu keje encik hubby la bawak makanan "terhuyung hayang" ke ruang tamu semata2 nak makan sambil layan citer korea..:P

Super Cute!


Siyes..cute giler muka anak2 Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ngan Tuanku Zara Salim..Rasa nak cubit2..ala tomei3..Sweet sangat family ni.

Tuesday, May 22, 2012

Hujung Minggu Yang Indah

 Embah2 bersama cucu2...Say cheese!!

 happy birthday darlings!

Orang baru dalam family pak khasim & cik nab =))

Wiken baru ni kitorang balik Pahang..rasa macam dah tak larat sangat dah bawak badan ni..Lenguh sana sini..Tapi bile pikirkan nanti dah sarat kang tak dapat nak balik lagi..gagahkan diri nak jumpa mak abah..lepaskan rindu.
 Sampai umah mak abah, senang hati tengok ramainya adik2 yang berkumpul + anak2..hilang rasa penat..hihi..
Sempat meraikan besday anak2 buah..Nia & Iskandar..dah 2 tahun usia mereka..
to both darlings, semoga di kurniakan kebahagiaan & keceriaan yang berkekalan..
1st time jumpa adik bradik ipar masa sesi berkenalan ngn family encik hubby, masa 2 orang ni lahir la...tak sangka pejam celik, pejam celik dah 2 tahun..

Pic last.baby Raihana with her mom..baby ni senyap je..sore dia mahal lah! pagi2 baru dapat dengar sore dia hehhe..

Related Posts with Thumbnails