Saturday, April 28, 2012

Corat Coret PBAKL 2012 :)

Alhamdulillah tahun ni dapat jejakkan kaki semula ke PBAKL...sangat seronok hoke!! 
Cuma tak ramai sangat..Ok la, x sesak..senang nak jalan.


Ni set untuk anak2 buah....ada jugak bahagian diorang =))

This is mine....lalalalalalalalala..tak sabar nak bace..kaki lenguh2, pinggang sakit pun gagahkan jugak cari novel hehe..

Taraaaa...yang ni dah lama aim nak beli..kawan ai pun tulis resepi taw...teruja nak try masakan diorang.Very the simple menu..

Ni set buku2 encik hubby....dia pon ske kumpul buku2..so, marathon la kitorang membaca nanti ..yipppii..yang pasti...saya sangat happy sebab dah dapat apa yang saya mahukan..
Selamat membaca Yuyun!

BER'SHIT' 3.0


Saya amat berharap kejadian di atas bukan terjadi di Malaysia tapi sayangnya memang benar2 telah berlaku di negara yang tercinta ini.Hampa dan kecewa. Tengok video dalam TV3 dan baca hampir kesemua blog & media online tadi rasa sakit sangat hati dengan peserta BerShit ni.Apa yang mereka dapat selepas buat semua ini? Segala kerosakan? Kecederaan? Kerugian ? Akan di tanggung oleh siapa? Malu lah pada negara luar, pelancong luar.Adakah ini yang kita nak tunjukkan pada mereka sedangkan suara peserta BerShit ni bukan mewakili semua rakyat Malaysia.
Polis & kerajaan telah menyediakan tempat yang baik untuk mereka berkumpul & melalak..kenapa mesti buat di tempat terbuka & menyusahkan sebahagian rakyat? Weekend yang sepatutnya di nikmati telah di hancurkan oleh aktiviti ini!

 Sangat lah bodoh tindakan mereka ini....elok ada trailer lanyak je semua ni biar penyek...

Perempuan sekor ni..Ambiga..Perosak!!!!.Tidak cukupkah keamanan yang ada dalam negara ni? Saya ingin bebas keluar sana sini tanpa gangguan, rusuhan. Selama ni sudah cukup tenang, kenapa bende ni harus tejadi? Kenapa jadi sangat kejam pada diri sendiri dan negara? Kasihan DS Najib, telah banyak beliau usahakan untuk memenuhi kehendak rakyat. Tapi semuanya di pandang sepi..masih ramai yang tidak berpuas hati..Look, sedangkan kita sebagai individu tak mampu untuk menjadi sempurna kepada orang2 di sekeliling kita..apatah lagi seorang pemimpin negara. Beliau telah cuba sedaya yang mungkin untuk menjamin kemakmuran, keamanan, kemajuan & kesejahteraan rakyat tapi sia2....dengan wujudnya BerShit ni menunjukkan betapa teruknya mentaliti rakyat sekarang yang mudah di guna2kan oleh pihak tertentu..

Saya cuma mampu panjatkan doa agar negara tercinta ini di lindungi Allah & kami dapat menikmati keamanan yang berpanjangan..Tak perlu lah ada BerShit 4.0, 5.0 kerana tidak ada apa yang mereka akan dapat...Cuma menjahanamkan....

Friday, April 27, 2012

JIRAN "KESAYANGAN"



Bulan February lepas, saya ada jiran baru.
Nak cerita tentang dia.agar hati saya boleh reda sikit..tengah sakit sangat dengan perangai jiran baru ni tapi terpaksa disabarkan juga dalam keadaan tengah berbadan dua ni..

Kan bulan Februari saya banyak menghabiskan masa di rumah mak ayah saya..masa tu saya cuti sakit..jadi jarang² balik ke rumah sewa ni.
Hari yang kami nak masuk balik rumah ni, ternganga saya tengok halaman rumah saya dilemparkan sesuatu..bende tu yang ala-ala kolam mandi budak, yang kene pam tu pastu budak2 bole mandi dalam tu..saya tak tahulah apa namanya tu...tu jiran lama saya punya.Saya ni belum ada anak jadi nak buat apa lah beli bende tu...sebelum pindah jiran lama letak kat rumah tu dan bila pindah dia tinggalkan..
Tiba² boleh pulak bende tu ada kat depan rumah saya malam tu?
Pertama kali nampak, saya dah menyirap..kurang ajar punya jiran..sampah sebelah sana sedap je campak kat umah saya..
Saya campak balik kat rumah dia, tapi suami saya yang baik hati cakap jangan lah macam tu..xpe biar sayang je buangkan dalam tong sampah.
OK! sakit masih sakit ni..baik pulak suami saya.Saya rasa ini permulaan yang tidak baik tentang sikap jiran saya. Dan mulut saya keep on membebel.

Pagi nak pergi kerja, nampak la mereka laki mini kuar rumah nak naik motor..encik hubby lihat la..kot2 la boleh bertegur sapa.Hmm, sombong! menonong je nek moto laki mini..
Memang kalau berselisih, muka dorang amat keras dan susah nak senyum.x senyum takpe la ,tak rugi pun.
Tapi perangai yang satu lagi yang saya tak tahan..dia suka menggantung kain² buruk kat tembok pemisah antara rumah kami & rumah mereka..tak cukup dengan deretan kasut & selipar...sekarang ni berjurai2 kain kain buruk 3-4 helai kat tembok tu.Jurai nya pulak melebih2 ke rumah saya. Arghhh...rumah dia kan ada ampai kat depan, sidai la sana..apsal juraikan kat rumah saya?
Kadang2 tu sampai jatuh2 kain buruk dia ke sebelah rumah saya..menyampah hoke.Saya tak pernah sangkut apapa kat tembok2 rumah saya sebab saya rasa pemandangan tak cantik dan antara sebab lain saya menghormati perasaan jiran lain. Yelah kadang2 ada orang tak suke bende jurai2 masuk ke kawasan mereka..tapi jiran saya ni memang heartless!!

Semalam kemuncaknya..pagi kami keluar kerja tengok kain buruk yang jurai2 dah takde kat tembok..saya tengok dan senyum..sukanya..dah bersih..
Tapi balik kerja..mak aihh..ada balik!! ampai dia kosong belaka, boleh plak dia sangkut balik kain buruk yang hodoh lagi berkaler2 tu kat tembok tu lagi....
Tau apa encik hubby yang penyabar tu buat? Dia ambil dan sangkut kat ampaian mereka..

Dan......soalan saya dalam hati..sudah hilang sabarkah suami ku ini? kekekke..
Saya harap saya terus di berikan kesabaran untuk buat derk je dengan apa yang di buat jiran saya..kat depan rumah saya ada baju anak dia (baju lapok agaknya) ..tersadai sampai lah sekarang.Dia boleh buat derk je kotorkan halaman rumah saya.Saya dah malas nak cakap apapa...

Arghh.saya nak cepat2 pindah..rumah baru lambat betul proses documentation nyee..sebolehnya nak pindah sebelum raya, Ntah boleh ntah tidak..hukhuk..

Lega sikit lepas dah luah perasaan =(

Thursday, April 26, 2012

TIMBANG BERAT?


Sekarang ni...sangat allergy kalau kene timbang berat.Yela, setiap kali check-up kan doctor mesti suh timbang berat..naik ke? turun ke? Kalau pegi check up kat govt naik je berat badan dari yang sepatutnya..memang merasa lah minum air gula.Tapi masa first bukak buku pink tu, berat saya taklah naik mana pun..tapi saya kena minum air gula sebab baru lepas keguguran..haih..Saya dah minum sekali..manisnye air ittewwww!!! haha.
Berat saya...naik memanjanghttp://www.emocutez.com..tapi sekarang dah tak dapat check up kat govt. Sebab cuti tahun ni dah habis terus, gara² sakit dulu tu.Tahun lepas bulan 3 masuk keje baru, lepas tu hujung bulan 5 di sahkan pregnant, lepas tu gedebuk gedebak cuti morning sickness , sakit itu sakit ini..bulan 8 pulak takde rezki. Keguguran..cuti panjang lagi.Lepas tu bulan 10 mengandung balik hihi...morning sickness balik..bila kerja tak confirm setahun semuanya di kira pro-rated basis..cuti pun banyak sangat dah di tolak..nak nagis rasanya..sampai cuti tahun 2012 pun di tolak habis lagi2 bulan February baru ni saya ambil cuti sebulan sebab doctor suruh rehat..so, tiada lah cuti buat saya tahun ini..saya redha.kekeke.Kena bertahan..takpe lah..baby punya pasal mommy akan cuba bertahan =))
So, decide check up kat private saja.Sebab saya taknak orang menyampah dengan saya yang kejap2 MC..walaupun kita cuti ni ada 'sebab' http://www.emocutez.com

Takpe lah..tinggalkan bab tu..nak citer bab berat ni..saya rasa berat saya naik sangat banyak..berbanding zaman bujang dulu.Malu sangat nak cakap kat orang bile orang tanya berapa berat..heavy betol! sob3..Sabtu ni ada check up..tak tahu la naik lagi bape kilo..
Macam nak beli alat penimbang berat..tapi bile pegi supermarket nampak alat tu..macam ngeri je nak naik n timbang hehe..harap² lepas bersalin nanti berat boleh turun dengan jayanya..tengok baju2 yang bergantung dalam lemari, rasa teruja nak kurus semula.http://www.emocutez.com
Bisakah? wahaa..mak saya dah pesan awal²....masa pantang nanti ikut semua cakap mak, pantang betul2...memang akan kurus semula..gegege..



Wednesday, April 25, 2012

Beza RM1 je..Tapi sakit hati jugak :P


Ini lauk yang di tapau masa lunch tadi..
Ingat tak saya pernah citer pasal kedai melayu yang baru di buka kat area ofis ni.
yang mahal cekik darah..
Agaknya ramai yang komplen, sekarang ni dia buat harga makan buffet style.
Makan la apa saja cuma RM4.50..tidak termasuk air ye..
Pernah la makan lepas pomosi tu..memang RM4.50..tapi tu ler selera mak buyong bukan la besar sangat rasa tak berbaloi bayar RM4.50.

Tapi tadi, tak tau nak pegi mana jadi pegi la kedai tu balik..
dengan niat di hati nak tapau la..
So dia cakap RM4.50 la kan? saya dan member pun amik la makanan tanpa kesedaran diri,
dengan ikan parinya, dengan ayam gorengnya, tempe goreng , telor goreng , sayur kangkung , sambal belacan , timun lagik..

Skali pegi bayar..dia cakap total RM5.50.Agak sakit hati la plak ngn pakcik ni..
Apsal RM5.50..tulis kat situ RM4.50 je?  saya tanya..
(dah stat murung ni, rasa cam nak keluarkan balik ayam & tempe tu kekekek)

Yang RM4.50 tu untuk yang makan kat kedai je, yang bungkus harga lain..jawab dia dengan hidung kembang kembang & kuncup.

OK..saya memang sakit hati sebab semalam kawan saya tapau sampai polisterin takleh tutup dia dapat harga RM4.50 je. Bukan sorang tapi 2-3 orang juga cakap harga sama kalau makan kat kedai mahupun yang tapau..Tapi bukan pakcik ni yang kira..Wife dia yang baik hati tu kira.Tak adil tau. Bini cakap lain, laki cakap lain. Pakcik jahat!http://www.emocutez.com

Venci tau.....tapi makan jugak sampai abis..ingatkan tak abis tadi..marah punye pasal..ngaummm :S

Update 27/4 @ Jumaat - Harini cuba tapau lagi..nak tengok harga..tau kene caj brapa ? RM4.50 je..sebab pakcik tu xdee......kakak tu not even tengok pun isi dalam polisterin itew. tensyen yeooo.

Kekeke :P


Klik pada gambar untuk poses tumbesaran =))

Tuesday, April 24, 2012

Jom main Zip Gugel :)




Takde keje..kejap² bukak tutup zip hehehe..
Korang² yang bukak google.com hari ni mesti perasan ada mende alah ni..kan..kan? =))

Monday, April 23, 2012

OK, Selamat Tinggal


Hmm, duduk dalam field Shipping ni macam ni la.
jaga Line ni..Line tu keluar, Line baru masuk..ini adalah kebiasaan dalam dunia perkapalan.

Line ni saya dah jaga sejak saya join company baru bulan March tahun lepas. 2 perkara baru masa mula2 masuk sini:
1) Handle line baru
2) Jawatan baru yang tak pernah di pegang.Customer Service (CS).
Mula2 pening, tak pernah buat CS.Pastu banyak term² nak kene ingat. Dapat plak kawan yang dah nak blah tu hand over keje macam nak tanak je..terpaksa belajar sendiri. Suffer jugak la mula² tu.Tanya sana tanya sini.

Lepas tu lama2..makin suka dengan keje ni. Cuma tak suke dengan customer² Line ni..sangat menyusahkan saya..kesabaran saya kadang² menipis dengan mereka ini. Tau la customer always right, tapi ada masa² saya tak boleh nak layan sangat perangai diorang ni.Ikut suka dia je nak tinggi suara , nak report bos pasal kapal ni teruk, service teruk...(ada mak kesah ko nak report ke apa? huhu)

Setiap hari saya berdoa bila la saya akan di beri tugas baru.Jaga line baru ke? Opss..http://www.emocutez.com

Oh, setelah setahun berlalu, dapat khabar berita Line ini akan menapak sendiri di Malaysia. Hey Hey..sukenya..
Kira kita akan hand over semua pada orang lain..Sekarang ni menunggu masa je..Kapal terakhir akan mari 26/4..So tu lah last aku buat kerja2 ni..sob3..dalam tak suka..tetap akan rindu hehe.

Ni tadi email dari salah sorang customer.(Haha..mak tak sedih hokeh.mak lagi suke! jawab dalam ati, tapi masa reply, cakap la konon2 sad jugak..hipokritnye diriku) gegege.. Seminggu sebelum ni...saya dah send out semua notice untuk bagitau pasal ni..kejap2 customer call nak confirm balik..benarkah? izit true? betulkah?
Iya..iya ..iya...(dalam hati saya - tak baca notice kah?) dan kembali saya jadi tensyen sebab terpaksa menjawab soalan yang jawapan nya sudah terang² ada dalam surat itu. No fon ofis baru, alamat & new person in charge pun sudah ada..masih call untuk tanya lagi..kalau seorang takpe....ni berderet bunyi tipon tak henti..

Emosi saya tak stabil dan bila² masa saja saya boleh jadi manusia tidak peramah.Jangan lah saya jadi panas baran..Na'uzubillah.(Istigfar banyak2 ni)..



NASI AMBENG


Salam pagi Isnin semua..http://www.emocutez.com
Pagi yang ceria , mommy happy , baby pun happy kot..tendang2 non stop..baby lapar ye :P
Hari ni..bawak bekal sate 7 cucuk ngan nasi impit yang beli malam semalam tapi tak abis.
So panaskan, tapau g ofis,buat susu siap2...pastu ngap2..selamat kesemuanya masuk dalam perot.hihi.

Korang ske makan nasi ambeng? Semalam ada kenduri rumah sedara, kami di jamu nasi ambeng..
Nampak menyelerakan. Tapi saya tak berapa suke nasi ambeng..Dah ada nasi, ada plak mi.Emm, tekak susah nak masuk.Memang dah try banyak nasi ambeng, semua tak memenuhi citarasa.
Yang semalam dalam dulang ni ,tukang makan nya..saya, mak , adik ipar & Yin.
Si Yin tak makan..dan kami bertiga mulakan santapan dengan penoh sopan santun dan lemah gemalai dan di akhiri dengan nasi yang masih penuh lagi dalam dulang.Apa lagi tapauuu bawak balik rumah.

Hmm. arini dah isnin. Ada lagi 4 hari untuk wiken semula..Gagahilah diriku untuk terus bekerja keke..Malas sangat3 dah sekarang ni.
Sekarang ni, dalam bila2 masa saja akan lahirlah sorang lagi cucu Pak Usop & Macik Sarah.InsyaAllah..
Dengarnya baby boy..Kira cucu lelaki pertama nih selepas Kua & Kia.Mommy diorang tu pun tgh uwek2 tu..(anak yang ke3 hehehehhee).Alhamdulillah, bertambah2 rezeki.
Yang kami nantikan sekarang ni, anak adik lelaki saya..tunggu hari je tu.. Adik encik hubby pun sama..tunggu hari..
Semoga di permudahkan semuanya.
Tak sabar nak bau baby =))

Sunday, April 22, 2012

Sudah ON Balik :)

Jom kawan²..
Tengok blog CUTIEKURA ONLINE SHOP (CK) di

Lama sangat tinggal xtvt meniaga ni sejak sakit aritu
dan sejak lappy kasi adik yang kat U pinjam..
Now dah dapat balik, so bole la ON..
Novel² kat sini semuanya masih cantik2 dan agak baru.Nak let go sebab almari dah penuh.
Pastu nak tambah stok buku baru lagi ni..hihi.
Kat sini tak jual novel je..ada kain pasang, baju kurung , bag dsb..
Dah delete semua posting lama²..tinggal yang beberapa kerat je..
Jom skodeng :)
http://www.emocutez.com
Related Posts with Thumbnails