Thursday, September 30, 2010

AKU DAN DIRIMU

Arini pagi2 aku dah bangun.630pg lagi aku dah tepacak dalam kete nak anta pak usop g keje..
ujan lebat...mak aihhh..sedap giler klo dapat sambung tido kan?

tgh borak², bukak hot fm..ada lagu Aku dan Dirimu..yeaa...fikiran aku melayang²...
aku rindu lagu ni..
kwn² yang pernah berkongsi rasa,mahupun suara dalam lagu ni pasti teringat kisah² indah kita masa kita sama² x berapa nak ada komitmen kan.
sungguh, kalau masa dapat berputar aku nak kembali ke alam stay-up sampai lewat pagi..bergosip dan bergosip...err (tapi aku selalu kalah tanpa bertanding bab tido terlalu lambat, tapi kwn² aku mmg terer..ada sampai 3 hari pun mata still celik,tgn still gagah menaip dan mulut masih kuat ngap²..i likeeeeeeee.. :P)

tiba saatnya kita saling bicara...
tentang perasaan yang kian menyiksa..
bukan menyanyi live..tapi menaip kat ym bersambung² hehehe

korang..korang bertiga adalah terbayikkkkk...
err,lupe nak ckp,rindu kat permainan teka lagu jugak keh3 :P

Sunday, September 26, 2010

Gantung Rahsia Rumahtangga Di Dinding Facebook

Artikel ni aku copy dari Gua.com and tepek kat sini utk kita sama2 baca..menarik dan perlu ambil iktibar pada yang terlalu fanatik pada FB :P

Gantung Rahsia Rumahtangga Di Dinding Facebook
by Norana Johar


“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?


“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.


Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!

Sunday, September 19, 2010

Tapai Ubi...........

gambo ihsan encik gugle


Gulp.............aku teringin lagi nak makan tapai ubi.
Puas mencarik tapi x jumpa.abah ada beberapa kali pesan..
long, kalo jumpa tapai ubi belikan ye..abah teringin nak makan..
hai sedihnye,sampai skrg x jumpa =((
hmmm..gigih mencari..mana nak cari lagi orang jual tapai ubi kat area umah aku ni..
bukan abah je..aku pun teringin..citarasa kami sedondon ;p
abah, yu dah puas cari..x jumpa..
cari kat gugel byk plak..gambo je yg ada bah hehe..
Harap2 di satu hari yg indah aku akan jumpa penjual tapai ubi ..
hadirlah..datanglah kepadaku..akan ku beli tapai ubimu =))

Renungan Terakhir


Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenagan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan…
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu

Thursday, September 16, 2010

Perempuan & Bunge ~


Gubahan macik Sarah di malam raye..

ni yang kat ruang tamu je,blom masuk bunge2 kat bilik dan dapur =))

tabik springgggggg..mintak2 kekreatifan mak aku ni menurun kat aku.amin hehe (celah mana nak menurun? bile mak gubah aku bantai tgk tibi la..tido la.makan la..^_^ wink wink )

'INDAH' di HARI RAYA

Salam satu malaysia hehe..Hari ni 16 Sept..tarikh indah buat Malaysia.SELAMAT HARI MALAYSIA.

Ok..raya ni, mcm biasa bende paling aku x suke adalah perkara yang berkaitan dengan cili..
tetiap taon musti nak kene blender byk2.taon ni alhamdulillah abah dah tlg potong sume cili, part basoh mmg mak yg kene tlg basoh (err..aku alergi ngn cili..sgt2 'alergi') mkn x alergi plak ? dan last part........blender cili.ngeee...pijar3....
eiii mmg aku x suke la cili ni..x suker! Ya Allah,tlg la sukakan aku dengan si cili ni..
siksanya aku nak siapkan keje2 memblend ni..ni gambo cili mlm raya ke3..cili x byk sgt,klo tgk malam raye..lagi la dasat =((


Adeke fatot meseng basoh tu nak merosakkan diri taim2 nak dekat raye..gile jahat dia ni kan.
dah panggil org baiki dan-dan tu xde spepart..sakit ati jiwa raga.kene la basoh tgn.dah la byk..sian tgk mak menongeng2 cuci baju secara manual, dah macam org dolu2 plak hehhee..
maka...lps bincang secara berhemah ngn badik2, ni lah dia hasilnye...
tadaaaaaaaaaaa...
meseng basoh baru (sile jelingkan mata nenok gambar di atas)..waweeeeee..
macik sarah suke betoi...aku pun suke..waka waka =))

Tuesday, September 7, 2010

sAL@M AiDiLfiTRi


Yehyeh...lagi 2 ari nak rayeeee...sgt suke hikhik :P
Korang..klo ada salah dan silap cik yuyun mintak maaf zahir batin ye.

Sapa yg tau umah tu, jemput la dtg umah..

ai x sabar tggu raye yuu..moga yang di rancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.
Amin :)

Tuesday, August 31, 2010

ceklis..ceklis...

huishh..sana sini orang buat checklist raye,aku pon tamo terlepas..
sebuk2 nak buat jugak.hehe...moh kite............

baju raye - belom beli
tudung raye - belom beli
kasot raye - belom beli
enbeg raye - belom beli
kuih raye - udah..tunjuk2 je ;p
duit raye - dah siap2 tukar ;p

uhuu...patut la rase cam x bes..ngape nye la aku p buat ceklis..
byk x beli lagi rupenye..sob sob..http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Kebabommmm..mati sudaa.


KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa bom buatan sendiri yang meletup pada Ahad lalu di Cheras meninggal dunia selepas seorang pekerja wanita siber kafe maut pada hari kejadian - Mstar Online



Haaa kan..tak sudah2 bila raye je..mesti nak mein mercun buloh, bom buatan sendiri la..apastu kang ada yang mati..cedera parah..putus iteww..dan putus ini..
heh...benci la bila dengar stetmen lepas 'kena' ...

"saya nasihatkan pada kawan2 yang lain jgn la men mercun bla..bla..blahhh..."
"kalau saya tau jadi macam ni saya x main..saya menyesal..bla bla blah"

Sebelum main tu x pikir? selalu bila dah terjadi baru nak menyesal..

Adik2 aku tu pun, tingin2 tu nak main..jgn kan bom,mercun pun ai x kasi taw...
mercun bola? mercun telor? mercun mancis? mercun roket? mercun katak?

Hehh..jgn harap ye Yin,Baby....nak main,main yang ni je...Bunga Api..(yang ni pun bukan aku belik..tapi abg ipo dorang yang belikan semalam)
Along dulu pun main bende ni jer...cuma beza nya batang dia semakin pendet..
ish..x puas! :P~

Huuu..kejap lagi nak bebuka..yeh yeh..

Selamat Hari Kemerdekaan buat rakyat Malaysia.
Semoga terus sukses dan suksess...
aku cuma takut satu....
jgn lah keharmonian yang ada kat mesia ni tergugat dek
kerana sentimen perkauman yang kerap kita dengar sekarang ni...
ketidaksefahaman politik dan bermacam cerita2 tak bes kebelakangan ni.
Susah payah atot nenet moyang kita berjuang, senang2 ke kita nak gadaikan?
Semoga Allah pelihara kerukunan negara kira.Amin.

Minyak ZaitOn Lebih DaRa :P

Cik Yuyun ader minyak baru dalam koleksi taw..

"ko try la minum satu sudu sehari..mula2 rasa cam x bes..lama2 nti ko musti addicted"

kekeke...aku baru rasa,slalu tu guna dalam masakan je..tapi arini secara live minum...dan rasanya? mmg x best! hahahaha :P

Moh kite gugel kebaikan Minyak Zaiton ~

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, sebanyak 7 ayat dalam surah An-Nur-35, Al Mu'minuun-20, At Tiin-1, Al An'aam-99 & 141, An Nahl-11, dan ´Abasa-29. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Membekal vitamin E
Kecantikan (kulit dan rambut)
Kestabilan asid lemak

Memberi kesuburan kulit wajah
Membantu mencegah keracunan
Menyingkir parasit pada usus
Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi
Mengandungi bahan anti penuaan
Membantu menguatkan tenaga batin
Membantu mengatasi kesan melecur
Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit
Membantu melegakan athritis dan sciatica
Membantu menjauhkan kanser usus

Penggunaan:
Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

Virgin Olive Oil

Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
Penyembuh Pelbagai Penyakit

Cik Yuyun : Apa lagi..moh kita telan beramai2 hehehe :P

Related Posts with Thumbnails