Sunday, May 27, 2012

Wedding! Lagi dan lagi..


Bandingkan 2 gambar ni...beza cuma 1 tahun 3 bulan hehe..
Alhamdulillah...akhirnya sampai jodoh kawan baikku..Happy for her. Dan akhirnya setelah setahun lebih tak berjumpa kawan2 tersayang, aku gagahkan diri jugak ke Teluk Intan hari ni..kalau nak di ikutkan sangat tak larat nak berjalan jauh, tambahan pula cirit birit tak hilang lagi, kena pulak bawah perut ni rasa sakit menyucuk2 dan lenguh sentiasa..memang rasa nak baring je..tapi kerana rindukan mereka semua dan ingin sama meraikan hari bahagia Puan Nur dan suami..kami suami isteri sampai juga ke sana..horeyyy.

Majlis yang sweet & perjumpaan yang kejap tapi aku amat berpuas hati.Aku doakan kebahagiaan kedua mempelai hingga ke hujung nyawa.Cepat2 dapat baby :)

Paling tak suke tengok gambar sendiri..haih..sangat gemok hokeh :( tak sabar nak back to shape again hihi..dan x sabar tunggu my darling baby keluar bulan pose nanti..InsyaAllah.

Gambar kedua adalah gambar terkini di ambil tadi, gambar ketiga pada hari wedding aku tahun 2011.Ada yang semakin kurus, ada yang semakin montel (aku lettew! hahahaha).

Thursday, May 24, 2012

*cherry berry*


Arghh...kemarin perut dah stat memulas2..banyak kali la jugak kuar masuk toilet.Memang tak tahannn.
Semalam plak..kan dengan gumbiranya pegi masak sambal udang petai..
yea....malam tadi, hasil kegigihan makan malam tu telah membuahkan kejayaan dalam toilet.
Ada la dalam 4 kali kuar masuk..tidorku tak nyenyak..sakit memulas-mulas..tiada lagi bentuk pepejal yang keluar..cecair je..naik letih badan ni..nak makan obat plak takut..tengok encik hubby lena je tidor..jelessssss** jelesssss** hOhO..

Selera makan dah mengurang..Tak tahu nak buat apa lagi nak mengurangkan cerry berry ni.Air masak dah puas minum..La ni nak try minum teh pekat..tengok kaler pun tak suke..Baby keep on kicking..Tah selesa atau tidak tak tau la..sian baby aku.
Sabar ye my darling baby..Mama tengah usaha ni nak elokkan perut.sobs sobs *_*

Pujuk Isteri?


Hehe...jumpa gambar ni kat FB Oh Media!..cara nak pujuk isteri yang tengah hot..Saja lah nak sharing..
Boleh cair ke kemarahan seorang isteri? Sile cuba sendiri yer..woha :P

Wednesday, May 23, 2012

Masak masak.....


Setelah hampir 7 bulan tak masak (sebab alahan tau..bukan saja2 malas masak hihi)..
akhirnya gagahkan diri jugak memasak kat rumah sendiri..
Sejak preggy sampai lah ke 30w ni..memang makan kat rumah mak & abah je..memang tak larat.Lagi pulak memang mak sendiri suruh balik makan kat sana...So, apa lagi..makan je la kan..lepas makan, balik umah,mandi, tinggal nak titon je..

Tapi sejak semalam..keinginan nak memasak tu timbul...hihihi..kemarin dah beli sikit2 barang dapur...yang dulu2 punya semua dah buang...yela...brapa lama tinggal barang2 tu semua..banyak yang dah rosak..

So,inilah hidangan malam kami..puas sangat hati dapat memasak kembali untuk encik hubby..Simple je.Kejar masa lagi pulak kitorang memang everyday sampai rumah lepas maghrib..huhu...jadi memang rushing..
Harap pasni takde la alahan lagi.Amin :)

p/s : sila abaikan kuah yang terpercik2 kat mangkuk kuah sambal udang petai tu ye..lupe nak lap sebelum snap pic.tu keje encik hubby la bawak makanan "terhuyung hayang" ke ruang tamu semata2 nak makan sambil layan citer korea..:P

Super Cute!


Siyes..cute giler muka anak2 Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ngan Tuanku Zara Salim..Rasa nak cubit2..ala tomei3..Sweet sangat family ni.

Tuesday, May 22, 2012

Hujung Minggu Yang Indah

 Embah2 bersama cucu2...Say cheese!!

 happy birthday darlings!

Orang baru dalam family pak khasim & cik nab =))

Wiken baru ni kitorang balik Pahang..rasa macam dah tak larat sangat dah bawak badan ni..Lenguh sana sini..Tapi bile pikirkan nanti dah sarat kang tak dapat nak balik lagi..gagahkan diri nak jumpa mak abah..lepaskan rindu.
 Sampai umah mak abah, senang hati tengok ramainya adik2 yang berkumpul + anak2..hilang rasa penat..hihi..
Sempat meraikan besday anak2 buah..Nia & Iskandar..dah 2 tahun usia mereka..
to both darlings, semoga di kurniakan kebahagiaan & keceriaan yang berkekalan..
1st time jumpa adik bradik ipar masa sesi berkenalan ngn family encik hubby, masa 2 orang ni lahir la...tak sangka pejam celik, pejam celik dah 2 tahun..

Pic last.baby Raihana with her mom..baby ni senyap je..sore dia mahal lah! pagi2 baru dapat dengar sore dia hehhe..

Tuesday, May 15, 2012

Jom Jom...Jom.. =))

Monday, May 14, 2012

Sihat Selalu & Perkasa!

Saya ada mention dulu kan..saya dah tak jaga satu line ni lagi.. Jadi, sementara waktu, saya memang appear offline dari mereka2 ini semua di MSN.. Saya tak mahu di ganggu dengan pelbagai pertanyaan & persoalan sampai lah keadaan sudah stabil dengan segala kisah hand-over.. So tadi saya clearkan semula .Semua saya change ke online status semula..datang terus satu email dari principal di Jakarta..

"Kenapa kamu tiada di list saya sejak sudah lama? "
Hahaha..saya jawab lah dengan suka hati saya.. Lepas chat beberapa ketika..dia tanya pasal kandungan saya.. Dan saya suke ayat kat bawah ni..kedengaran aneh ya pak… PERKASA? hihi..

Owh..tibe2 rindu nak buat shipment ke Jakarta..tempat jatuh lagi di kenang..nang..nang http://www.emocutez.com

Mom & Baby Expo :)


Itu dia..2 orang buah hati saya yang join soppink aritu =))



Alhamdulillah..1st badge barang2 baby sudah di beli..takde beli banyak mana pun..hihi...geram sangat tengok baju baby kiut2..sib bek macik Sarah follow skali, kalau tak si laki mini dah beli terlebih dari yang sepatutnye.
Ramainya manusia yang preggy kat expo ni. 1st time g baby expo..jadi memag tak tentu arah la tengok sana sini..penat berjalan!
Lepas ni relax2 dulu..nanti kat PWTC ada lagi expo baby ni..1-3 June 2012..So, ke sana lah kita nanti.tambah few things lagi...
Baby sayang..betapa eksaitednye papa & mama sekarang nih..xtak sabar sangat nak tunggu baby kuarr.hihi

PERMATA YANG HILANG kini dijumpai


Jumaat lepas..dah dapat buku yang di order..suke3..
Blogger Kereta Mayat, penulis buku ni..OK lah..seronok baca artikel2 dia..
dan kupasan dia sangat bagus..espeselli untuk yang dah berumah tangga.Yang bujeng pun boleh..akan mempercepatkan rasa nak berumahtangga kot? wahahaaa..

So, Jumaat dapat buku, Jumaat jugak khatam baca buku ni =))

Pada yang berminat nak dapatkan buku ni.klik la kat my Top 10 list..Sana ada blog kereta mayat..klik sana aaa

Friday, May 11, 2012

Sekilas..

Assalamualaikum! Macam lama plak tak update blog hihi.. Agak bz..ada keje baru, baru tak baru sangat ler..Penah buat dah keje ni..So take over again..sampai lah ke due date nanti.

Bos baru..sangat fussy.. Lady bos lah katakan..agak bosan bile dia terlalu teliti dalam semua hal. Bo-san! Dia tak leh tengok persekitaran yang semak dengan file² nanti dia stat bebel & suruh orang alihkan. Nasib baik saya pregnant, so dia suh saya duduk diam2 saja tak payah tolong...part ni saya suke dia! Cawan, pinggan, lepas guna sila jangan letak saja ye.Atau nak basuh later²..Nehi! Nehi! SILA BASUH TERUS..kalau tak Lady Bos saya akan buang dalam tong sampah..
Katanya lagi….” I’m very particular about all this “.Bla..bla..

Tido malam tak selesa, kiri tak selesa , kanan pun tak selesa..telentang apatah lagi. Badan & perut semakin berat.. time² nak tido lagi kuat baby dalam perut ni buat akrobatik.

Selera makan makin kuat..Jadi semakin memboolat *wink wink*

Pagi tadi masuk toilet..nak basuh cawan..member yang baru kuar toilet..tertanya satu soalan.. “Yus , ada pad (tuala wanita) tak? “ Then baru cakap ..”opsss..aku tanya salah orang..haha..”
Hmm, lama tak pakai pad :)

Esok kalau takde aral nak pi expo baby kat Mid Valley..aritu ada survey² gak barang baby..just tengok² harga. Pusing bijik mata tengok banyak nye bende yang perlu di beli nanti? Tengah saya sibuk2 belek tilam baby, toleh kat encik hubby..dia boleh plak belek2 stroller, meja makan baby, tempat mandi baby, barang meinan baby.. erkk…baby tak keluar pun lagi sayang..bery de advance papa dia servey2 harga.. hihi.

Oh. Sebelum terlupa, buat insan2 tersayang dlam hidup saya. Buat mak di Klang & mak di Pahang..saya dan encik hubby sangat sayangkan anda berdua. Selamat Hari Ibu..Semalam tengok Semanis Kurma tajuk “masakan ibu” terus hati jadi tersentuh. Tak di nafikan..bagi setiap anak, masakan ibu lah yang terbaik & tiada tandingan. Walaupun dah kawen, sampai sekarang saya masih makan di rumah mak saya hehe!

Hihihi...

Wednesday, May 2, 2012

New Born Baby - 1 May 2012


Alhamdulillah, semalam adik ipar saya dah selamat melahirkan sorang baby boy seberat 2.9kg..
1 May 2012..senang nak ingat besday dia nanti..
Lebat rambutnya..syukur semuanya selamat.Saya tak berkesempatan nak melawat lagi..
Ahad nanti baru nak pi..sebab encik hubby ada kusus stat arini sampai Sabtu..
Semoga menjadi anak yang soleh & berjaya dunia & akhirat..
tengah menelek..ikut muka sapa ya baby ni..mommy dia ke, ayah dia hehehe

Tuesday, May 1, 2012

Tomei3 :)


Ala tomei3...kalau dah namanya budak tecit..apa diorang buat pun nampak tomei..
tah pesen apa si Kia ni tido pun tatau la...but so cute..
Related Posts with Thumbnails