Thursday, March 29, 2012

RM25

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut. Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
Sumber : Kosmo Online

Yuyun - RM25 je?? awat murah sgt..kalau macam ni punye murah..silap2 orang yg nak wat keje² cani bole bayar advance rm100 trus..utk 4 kali kesalahan..

Apa nak jadi ngn meleis skrg ni..tapi dgn rm25 yg bebudak ni kene bayo, muka clear² kuar kat Kosmo.yg dlm on9 ni sipi2 je muka..kalau paper betol td aku tgk..clearrrr abis..memang sesuai la..sian pada mak pak dorang ni.
Related Posts with Thumbnails