Sunday, August 29, 2010

BULAN MAKANAN ?



Minggu2 terakhir pose nak membawak ke raye ni rasanya perut semakin sendat dengan makanan..
Ni baru bulan pose, belum bulan raya di tambah dengan open2 house segala..eiii ngeri noks!
Utk minggu depan..ada 3 lagi acara berbuka yang menanti...otak tengah bekerja keras mcm mana nak lumpuhkan pembiakan lemak2 dalam badan ni hehe :P

Acara paling last yang aku paling suker..4 sept nanti. Insyallah.
* Berbuka pose di umah 'Pak Usop & Macik Sarah Bersama Anak Beranak'
yang di wajibkan pulang hehhehe..complete set gitew :P

p/s : Windu la..nak berkumpul berbuka pose ramai2 macam masa tecik2 dulu.Meriah..

Wednesday, August 25, 2010

DUIT RAYA!

PUTRAJAYA Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal. Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara akan memperolehi bantuan kerajaan ini - Mstar Online


Cik Yuyun : Sukerrr kan? jadilah dari takde...
Bersyukurlah..aku x keje gomen pun,tapi tgk announcement ni...ai jelesss tau hehe:P
Bab² kerajaan bagi duit memang suke kan..bab² lain, yang perlu kerajaan pinda atau naikkan disebabkan alasan² tertentu? berbakul² sumpah seranah di hadiahkan..ni lah manusia.

p/s : isu kenaikan harga minyak baru² ni..aku rasa, orang² yg kuat mengondem ni mahukan harga minyak tu berada di paras yang sama sampai la CICIT dia dah membesar..tak gitew? ahaks:P

Pepe pun,selamat berpuasa,selamat berbuka.

Sunday, August 22, 2010

Pergi Tak Kembali

UPDATE : Gambar ihsan dari Akhbar Sinar Harian - Edisi KL/Selangor hari ini.
KLANG - Seorang pekerja sebuah Syarikat Perkapalan di Pelabuhan Barat tidak sempat menyambut hari ulang tahun kelahirannya Ahad depan apabila maut bersama dua lagi rakan selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Kebun Nanas menghala ke Bulatan Jalan Kebun berhampiran tangki air Bandar Puteri, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu, mangsa yang juga pemandu, D Kevinderan, 25, dari Mantin, Negeri Sembilan dan penumpang belakang, S Thanaselan, 30, dari Taman Sri Skudai, Johor, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala rakan mereka yang juga penumpang depan, Devanathan, 26, meninggal dunia kira-kira jam 1.15 petang selepas beberapa jam menerima rawatan di wad Zon Merah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Hari ni aku terima satu shocking news..berita kematian 2 orang rakan sekerja aku yang terlibat dalam kemalangan jalan raya..
sorang seawal pagi tadi,yg sorang lagi kritikal. tgh hari tadi dapat berita yg kritikal juga telah pergi....
Luluh rasa hati kerana last hari jumaat sempat bergurau senda...
aku macam biasa keje nya asek menge'chase discharge list dari budak operation aku tu.

Kedua-dua mereka berbangsa india..dan sgt muda.
Kevin, a very good fren.Selalu 'kacau' aku during weekend untuk check itu ini..kdg2 aku terpaksa sampai masuk opis balik untuk double checking.
Kdg2 rasa marah, sebab rasa tak tenteram, ada je masalah.Biasalah,ni semua keje kan, nak tanak kene hadapi.Yang pasti,dia sgt bekerjasama..Tapi dia dah tade sekarang :(

Deva....staff baru.Sangat sopan.
Deva, belum sempat mengenali hati budi rakan baru ni..Dia telah pergi...

Sebak, sedih...feel lost.

Kevin & Deva...May U RIP.

** Apabila ajal itu dah sampai..tiada pesanan yang sempat dititipkan...tinggal lah segalanya..tinggallah dunia =(

Kempius


Entry ni patut di letak beberapa ari lepas tapi dek kerana
line tenenet yg tak brapa 'sihat' baru arini dapat post.

Kertas kat tandas tu..aku yg buat, apastu aku mintak cleaner tlg tampalkan kat setiap pintu..'tampal kat dalam ye kak bukan luar..kang lepas berak dorang lupe lak nk pam..'
imacihs :P

alkisah...tak tau kenapa ada orang yang dah 'membuang' lupe nak mengepam 'tayik'nye itew..
tak terasa geli geleman ke hapa? jadi, utk tidak membuatkan dorang ni lupa tanggunjawab selepas 'membuang', bos aku pun suh la aku buat satu 'amaran' mcm kat gambo ni..

Jadi..utk beberapa ketika,ok lah..tandas bersih..
tandas pomfuan tu der..tade kesedaran sivik betol.

tapi baru2 ni..aku sendiri yg nampak..
suwey la! mmg kamben betol..dah berak tak reti pam..tah sapa punya keje.

Rasanya....perlu tukar tak ayat kat kertas tu? kepada yg lebey DIRECT dan TELUS?

DAH BERAK, KASI PAM aaaaa !
huhh...

Thursday, August 19, 2010

jEjAk KaSeHaN :P

tweety bird yg beso tu meme aku punya..
buat lapik2 kat belakang kusi,lapik2 muka time nk membuta kat opis..
ada satu aritu..sambil2 wat keje,
mata tepusing ke belakang nampak kat laci member..
ada keychain..alahai tomeinyaaaa!!!
ahaaaa...anak tweety bird..suko! suko! ahakss ^_^

jadi secara esklusipnyo di blog cik yuyun
menampilkan 'anak' dan 'omak' nye berganding
sekali dalam satu pogram jejak kasehan kekeke ;p

Monday, August 9, 2010

Ramadhan datang lagi ~


Semoga ramadhan kali ini akan memberi sinar kegembiraan buat kita semua dan
kita akan lebih menghayati keindahan berpuasa.
Selamat berpuasa buat semua kekawan, pose jgn x pose! hehehe.

Cik Yuyun : Sy suker bulan pose sebab boleh pegi
baazar ramadhan yg cuma ada sekali setahun!

Roti John
Kebab dagen
Ayam Pecik
Air Tebu..

erkk~ crazy :P


Sila muntah!

Takde bende nak citer..cuma saja nak share wat dosa ngn korang kekeke.
tadi aku bukak fb,tgk kat updated xtvt kekawan..
scroll punya scroll,ternampak kat wall kwn aku.

member aku ni lelaki, kat wall dia, telah di tag satu gambar..gambar pompan..

[ok..kisahnye]
pompan gedix itu telah tukar profile pic baru, maka aku pun klik kat muka dia,
wah wah wahhh mak nenek..dia siap tag sume nama jantan2 kat muka dia dengan harapan jantan2 tersebut akan memberi komen yg memberangsangkan..(aku tgk satu persatu taw nama kat situ..xde nama girl pun..kepocis aku ni kan )kehkehkeh.
klo gambar ramai2, family ke, nak tag /komen sesama sendiri xpe arr..tp ni gambo syok sendiri.pegi tag jantan suh puji.huh!

maka......ternampaklah bberapa komen murahan spt di bawah :

oh comeinye..
lawanya anak siapa la ni.
ish,u ni mmg kiut miut la..
sweet....
suke pic u ni..manje..
u mmg cantiq!
untung siapa dapat u...mwahhhh..
dll...


KAHKAHKAHKAHKAH..

pompan tu bodo! jantan2 yg berebut kasi komen plak..bodo kuasa 2!



(plis la, aku muak tgk bende2 mcm ni kat fb..sib bek dia bukan kwn aku,klo kwn..sungguh aku akan remove dgn kadar segera.hehe :P



Wednesday, July 28, 2010

Puas! ~


Yipppi sukerrr..dah mkn ini pizza tadi..sama Kak Jade.
time acih kak sebab melanje sy matan :)
GCB pun dah selamat makan semalam..
tapi x sempat nk snap gambo..di waktu malam,
di bawah pokok, di temani bintang2 dan cengkerik..
bersama kekasey hati..
semakin lama
ku renung wajah sinta hatiku..
perut ku bergetarrr..
ohhh kelaparan rupanya kekeke
lalu beger di tangan ku makan dengan lahapnya.sedap siot! :))

eRR..Syg, sabtu ni kita makan pija yg mcm gambo ni nak? sedappp ar.hihihi :P


Monday, July 26, 2010

Uwhhh..so HOT!


Ouhh..ahhhh...errrhhhh..
PANAS nya..
TAK TAHAN nya..
PEDIH nya..

ok..aku tipu jek!
x rasa panas ohke..bau dia je mcm bes :D
TAPI..bile aku g tencing..apastu tekena air sket je..
omaigod..SEJUKnye!!!
rasanya sesuai tulis..EXTRA COLD hahhahahha

Yummy! ~



Uiksss....korangs dah rasa ni? aku belum rasa lagi..sgt2 menggiurkan!
hahahhahaa

Related Posts with Thumbnails