Tuesday, December 22, 2015

December 2016

Kejap je kan dah nak abis pusingan setahun..
Alaa banyak kenangan tite dalam tahun ni.
Apa eh azam korang. Aku tak berapa nak ada azam sangat 😂😂😂 tahun2 sebelum ni..  tapi tahun depan.  Hmm..
Cuti tahunan aku ada laa 14 hari je.. sedih kan company ni. Hazab betul kedekut cuti.. Cuma impian aku lepas ni kalau pak usop ngn macik sarah nak g check up ke. ada rawatan susulan ke.. aku nak amik cuti nk temankan dorang. Takmo dah dorang g sendiri. Semoga Allah permudahkan urusan aku sentiasa.

Nak cite sket nape aku tetibe ada impian ni. Aku ada bwk Humaira g check gomen. kat spita pandamaran tu. Pastu ada sorg uncle cina ni. da la tua. pastu jalan pakai tongkat apa eh nama dia yg kene seret then baru dia dpt jalan. Dia sesorang je. g kaunter pastu nk cari tempat duduk.. Dia pub seret la slow2., Pastu ada kwn dia nak check up gak aunty cina..kawan dia gamak nya.. nampak dorang borak semsama..  dia nampak aku pandang je uncle tu.  dia pn cerita.  ini org tua (dia pun tua tp lupe letew hehhe) anak ramai suda busat.  cucu ramai juga suda busat keje bagus  tapi dia pegi hospital sindri jugak. naik teksi. saiya dia punya kawan keje dulu2.

Oh.  Ok. aku tacing sanggattt ok! trus aku ingat kat mak abah aku. kdg g sendiri sbb anak2 bizi. Begenang2 air mata aku taw.. sedih tak terkata. Bayangkan eh. masa kita sakit.. siang malam jaga. Lagi klo warded.  mak la tggu siang mlm..kes Jun kene denggi berdarah dulu.. Pastu klo ada pnh ada bwk dorg g spital. biasa la kerajaan kan.. bile lama..aku mmg tgu.Abah akn ckp.balik la dulu long. nanti da siap abah kol ko amik ya..

Sedih tau.. takpe abah yu tunggu. Dulu aku bujang mmg slalu ada masa.. sama2 tggu.. tp tu la. sejak ada baby n anak masih kecik. aku agak sukar nak berjalan sendiri.. .mesti nak kene suh laki tolong.

Hm..tu la azam aku. Mak.. Abah. yu akn teman kan ye..lepas ni. Insya allah.. Kat adik3 pun aku da pesan siap2. WAJIB GILIR2 TEMAN MAK ABAH KLO DORANG G SPITAL. .. so far dorang ok. aku kan along. .dorg kene ler dengar ckp aku kan kan.. hahaa

Kla.. tadi last makan2 kat Nandos.. satu opis serbu Gamuda Walk, KK. Saja mkn2 utk Xmas.  pastu ada exchange gift uolss. Mak dapat ler. body shop punya pezen.. hahhahaa.

Salam tahun  baru 2016.,deboorr nak melalui nyaaaa. kikiki..

Thursday, December 17, 2015

Lalalala

Assalamulaikum~
Eh eh.. i'm back. kikiki
Simple update jew.
Sebulan yang lalu..Happy birthday to me.
aku dah 35 tahun okey. Pehh..alhamdulillah di.panjangkan.usia hingga ke saat ni.
Anak2 pun da bertambah usia..piah da 3 tahun.. humaira setahun.. bes nyaa bile nak dpt baby boy ni? ahaksss haha
Lagi beberapa hari nk sampai hujung 2016. Sedihnya.
Tahun ni penuh cabaran yuuu..
Eh. susa laa taip kat hp. byk betul typo.. pening..nk mkn la haha kbai

Saturday, August 22, 2015

Sambal Belimbing Buluh

Assalamualaikum

Yayy.. weekend. Setelah 5 hari menunggu.. weekend dtg lagi.

Seperti yg di rancang. Sambal hitam berjaya d hasil kan dengan penuh kesabaran. Esok la buat ayam pandan. Daun pandannnn nya lupe nk d petik nok!

Ok tang sambal. Kali ni buat dgn tenang sbb Epul jaga budak2..  banyak jugak aku buat kali ni. sekuali besar. tp x penuh hehehe..
Cili pun aku campur cili besar.. takde la fully cili api maklom la perut da sizen :P


Jemput matannnnnnn.. x hitam.. malas tggu belimbing jd hitam haha..kbai

Friday, August 21, 2015

Pokok Membuah..


Assalamualaikum!!

Hee. mangga mak tengah sarat berbuah.
Lagi dan lagi meneruskan kegiatan buat jeruk mangga masam manis pedass..

Keyammian yang tidaxx terkira uolss.
Mangga gemok2 & lemak sket. Mmg pebret.

Ehh. pokok belimbing mak pun da sarat katanya... Mak da petik.. so esok bole la masak sambal hitam. Kita kasi pedas3 & rsa bilis yg sedapp. Dalam bebanyak sambal hitam yg aku oder. ada satu yg paling mantopp rasanya. Epul pun suke. Bulan pose aritu last beli. Rasa nya tak leh d gambar kan. Mmg meletop sgt. Aku mmg suke repeat order dr seller yg pandai buat. Sesekali klo pokok mak berbuah. tu yg stop jap..  Aku buat sendiri.

Semangat dah ada.. esokk laa.. kita buat projek hitamkan piyok.

Daaa..

Thursday, August 20, 2015

ISNIN 17/08/2015

Assalamualaikum

Ehemm..Isnin baru ni asben aku g intebiu..
Dapat pulak. Alhamdullillah. Memang da lama Epul nak move on..
Cari keje lain. Syukur d perkenan kan Allah. Ye lah.... aku pun da ada niat susi murni & berhenti keje gak..very soon.. so kene la dia cari yg lebih baik dari segi salary.. persekitaran.. bla bla untuk masa depan kami sok.. Insya allah.

Tapi kan.. tapi.. jauh di sudut ati..sobss. Selama berkahwin 4 tahun lebey nih.. pegi balik keje di anta.. di amik sbb opis dia dekat jugak. semsama kat Kota Kemuning.
 Lepas ni.. kene drive sendiri la nampak nyeww.. lama sgt x drive sendiri taw.
Sesekali okla... time asben aku cuti. Whewwww...
Tetibe jadik rindu masa zaman2 bujang. Ke mana2 drive sendiri dan kene stat berdikari semula.
Setelah bincang2.. aku akan bwk Sofea & Humaira naik kete anta umah macik Sarah. Epul akan kuar g keje naik KTM Duke nyeeee... brooom broommm.

Dalam perbincangan tu aku da hailait beberapa perkara haha.
Pertama tama kali meksure kete kene dalam kondisen yg baik.. Mana yg ehe uhu tu..repair.
Cermin kete yg retak sikit sebab kene batu lori kontena kat haiway kesas sblm puasa aritu...
cecepat g claim insuren & repair.
Minyak kene penuh & TNG kene ada moneyy sentiasa hahaa.

Well well.... tik tok.. menunggu masa. Parking pass MBSA pun aku da apply kat HR. So parking secara berhemah la lepas ni sbb ada petak parking & d sponsor company. ngeh3

Kbai..tu je. Weekend ni mcm nak masak hayam pandan, Terasa2 kat tekak kesedapan nyaaa..





Monday, August 17, 2015

Pin Pin Ponnn Ponnn



2 beradik ni. Ada masa.. mesra hammat. Tak kene masa.. bercekau je!!
Semalam repair moto katanya.. Nak bawak adik jalan2 .. yelahh piya. Buat jela apa pun asalkan tak gaduh eh..Mama nak sambung tido.. lenguh x ilang lagi... sobsss


Raya Raya..berakhir

Assalamualaikum

Raya raya.. Alhamdulillah.. sempat buat open house & bbq sabtu lepas.Mak aihhh. letih yakmat sampai ke hari ni. Next year nak oder jeee. namo masak bole x hahhaa.
Jemputan hanya family aku & family epul. Seme masak sendiri kesuali. roti sanai aku oder je.

Seronot2.. sesekali berkumpul bersama. Paling bizi Humaira lahhh.. seme nak dokong nak sium si kenit tu. Kalau aku jd dia mesti rimasss hahhaa.
Nasib ko la nak.. tu mmg tugas seorang baby..menerima ciuman bertubi2 tak kira masa. Malam plak giliran mama gomoi2 humairah. haha

Ehh. aku da terer buat roti jala.. kali ni.. bercicah kan serawa durian
. umphhhh...

Sekarang pokok macik Sarah tengah sarat berbuah kan mangga.. Apa lagi..petik petik.. jeruk time!! 3 bekas jeruk lisin ngn jayanya...

Nak dekat kul 12 mlm baru la seme bersurai. Penat tapaya cakap lahh. Kemas je lbh kurang trus panjat tangga utk booommmmm...zzzzzz

Selesai dah raya.. kalau panjang umur.Murah rezeki.. ketemu lagi d lain tahun..eeeww. Tahun depan kita raya Keratong dulu.. heeee

Tata ~

Thursday, August 13, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua.

Lama tak singgah umah ni. sapu2 sawang sikit..mop2.. terbiar dah lama. lupe nk bela elok2 untuk bacaan sofea & humaira nanti.

Well what is the latest hapdet ehh
Nak mula celah mana ye. Okkk.. Jun dah kawen. Hmm. anak ke 6 pak usop & makcik sarah dah bergelar isteri org. Huihh.. bakal jadi mak orang dah!! sekarang tgh uwek uwek.. haha suke2.. semoga di permudahkan urusan preknan & bersalin ko esok jun!



Tudiaa. ceria beno dpt kawen heehee


Okey next.. raya.. raya..tahun ni best sgt sbb raya umah mak abah aku. Malam raya main masak2... eh tasangke eh. da dua anak dahhh aku ada. syukur2. haha. sofea makin membesar. 3rd Aug aritu. dia dah 3 tahun.. adik pulak bulan 10 sok baru setahun... suke beno tengok dorang memain semsama. Raya aritu saja amik cuti panjang.. so byk masa spend utk tgk keletah dorg. tgk tgv semsama.. minum susu semsama.. tido semsama.. main jgn ckp bergaduh jugak walau pun si kenit tu baru nk masuk 10 bulan. Nasib ko la Piya..mama nampak betol potensi si adik dlm bab2 membuli nti hahaa..Very soon Piya dah nak school. Insya allah jika takde aral melintang. Nak resign & jaga anak kat umah ..Hope i can monitor them well. Tasabbar nyaaaa

What else eh.. malas plak nk taip dlm phone ni.. lets scroll down for the pic.






Related Posts with Thumbnails