Friday, May 11, 2012

Sekilas..

Assalamualaikum! Macam lama plak tak update blog hihi.. Agak bz..ada keje baru, baru tak baru sangat ler..Penah buat dah keje ni..So take over again..sampai lah ke due date nanti.

Bos baru..sangat fussy.. Lady bos lah katakan..agak bosan bile dia terlalu teliti dalam semua hal. Bo-san! Dia tak leh tengok persekitaran yang semak dengan file² nanti dia stat bebel & suruh orang alihkan. Nasib baik saya pregnant, so dia suh saya duduk diam2 saja tak payah tolong...part ni saya suke dia! Cawan, pinggan, lepas guna sila jangan letak saja ye.Atau nak basuh later²..Nehi! Nehi! SILA BASUH TERUS..kalau tak Lady Bos saya akan buang dalam tong sampah..
Katanya lagi….” I’m very particular about all this “.Bla..bla..

Tido malam tak selesa, kiri tak selesa , kanan pun tak selesa..telentang apatah lagi. Badan & perut semakin berat.. time² nak tido lagi kuat baby dalam perut ni buat akrobatik.

Selera makan makin kuat..Jadi semakin memboolat *wink wink*

Pagi tadi masuk toilet..nak basuh cawan..member yang baru kuar toilet..tertanya satu soalan.. “Yus , ada pad (tuala wanita) tak? “ Then baru cakap ..”opsss..aku tanya salah orang..haha..”
Hmm, lama tak pakai pad :)

Esok kalau takde aral nak pi expo baby kat Mid Valley..aritu ada survey² gak barang baby..just tengok² harga. Pusing bijik mata tengok banyak nye bende yang perlu di beli nanti? Tengah saya sibuk2 belek tilam baby, toleh kat encik hubby..dia boleh plak belek2 stroller, meja makan baby, tempat mandi baby, barang meinan baby.. erkk…baby tak keluar pun lagi sayang..bery de advance papa dia servey2 harga.. hihi.

Oh. Sebelum terlupa, buat insan2 tersayang dlam hidup saya. Buat mak di Klang & mak di Pahang..saya dan encik hubby sangat sayangkan anda berdua. Selamat Hari Ibu..Semalam tengok Semanis Kurma tajuk “masakan ibu” terus hati jadi tersentuh. Tak di nafikan..bagi setiap anak, masakan ibu lah yang terbaik & tiada tandingan. Walaupun dah kawen, sampai sekarang saya masih makan di rumah mak saya hehe!
Related Posts with Thumbnails