Friday, April 6, 2012

Jus Delima ai dah sampai :P

Yippi..besau nyee kotak dari Skynet..eksaited sangat nak bukak..hihi..semalam order, buat bayaran..arini dah dapat.http://www.emocutez.com

Ini dia...ye yeh..bule minum dah. Masa preggy ni banyak baca artikel pasal kebaikan buah Delima. Mintak la encik hubby carikan buah..susah rupanya nya nak cari area sini..sib bek aritu terjumpa kat Shah Alam..so, beli la.Cuma nak makan nya tu..banyak beno bijit nya..x puas makan..tite macam suke la buah ni.hihi.
So, di sebabkan susah nak dapatkan stok buah Delima, Aku pun cari kat tenet.
Jus pun ohkey gak.
Kat sini aku sharing sket kebaikan buah Delima. Banyak khasiatnye tau:))
http://www.emocutez.com

Kebaikan Buah Delima
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.”

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
*dll

So, sesiapa yg ada gejala anaemia, talasemia, darah tinggi/rendah, masalah organ hati, limpa, jantung, amalkanlah buah delima.. jgn percaya sgt pada fakta sains yg berkata memakan hati boleh member kesan positif kpd kesihatan tubuh badan sedangkan di dalam islam sendiri, Rasulullah melarang umatnya memakan organ2 dalaman haiwan.. kerana dalam organ2 berkenaan mengandungi kadar asid urik yg tinggi..
Sekian, selamat makan buah delima & minum jus delima..http://www.emocutez.com
Related Posts with Thumbnails