Sunday, August 22, 2010

Pergi Tak Kembali

UPDATE : Gambar ihsan dari Akhbar Sinar Harian - Edisi KL/Selangor hari ini.
KLANG - Seorang pekerja sebuah Syarikat Perkapalan di Pelabuhan Barat tidak sempat menyambut hari ulang tahun kelahirannya Ahad depan apabila maut bersama dua lagi rakan selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Kebun Nanas menghala ke Bulatan Jalan Kebun berhampiran tangki air Bandar Puteri, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu, mangsa yang juga pemandu, D Kevinderan, 25, dari Mantin, Negeri Sembilan dan penumpang belakang, S Thanaselan, 30, dari Taman Sri Skudai, Johor, meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala rakan mereka yang juga penumpang depan, Devanathan, 26, meninggal dunia kira-kira jam 1.15 petang selepas beberapa jam menerima rawatan di wad Zon Merah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Hari ni aku terima satu shocking news..berita kematian 2 orang rakan sekerja aku yang terlibat dalam kemalangan jalan raya..
sorang seawal pagi tadi,yg sorang lagi kritikal. tgh hari tadi dapat berita yg kritikal juga telah pergi....
Luluh rasa hati kerana last hari jumaat sempat bergurau senda...
aku macam biasa keje nya asek menge'chase discharge list dari budak operation aku tu.

Kedua-dua mereka berbangsa india..dan sgt muda.
Kevin, a very good fren.Selalu 'kacau' aku during weekend untuk check itu ini..kdg2 aku terpaksa sampai masuk opis balik untuk double checking.
Kdg2 rasa marah, sebab rasa tak tenteram, ada je masalah.Biasalah,ni semua keje kan, nak tanak kene hadapi.Yang pasti,dia sgt bekerjasama..Tapi dia dah tade sekarang :(

Deva....staff baru.Sangat sopan.
Deva, belum sempat mengenali hati budi rakan baru ni..Dia telah pergi...

Sebak, sedih...feel lost.

Kevin & Deva...May U RIP.

** Apabila ajal itu dah sampai..tiada pesanan yang sempat dititipkan...tinggal lah segalanya..tinggallah dunia =(
Related Posts with Thumbnails