Tuesday, August 31, 2010

Minyak ZaitOn Lebih DaRa :P

Cik Yuyun ader minyak baru dalam koleksi taw..

"ko try la minum satu sudu sehari..mula2 rasa cam x bes..lama2 nti ko musti addicted"

kekeke...aku baru rasa,slalu tu guna dalam masakan je..tapi arini secara live minum...dan rasanya? mmg x best! hahahaha :P

Moh kite gugel kebaikan Minyak Zaiton ~

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, sebanyak 7 ayat dalam surah An-Nur-35, Al Mu'minuun-20, At Tiin-1, Al An'aam-99 & 141, An Nahl-11, dan ´Abasa-29. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Membekal vitamin E
Kecantikan (kulit dan rambut)
Kestabilan asid lemak

Memberi kesuburan kulit wajah
Membantu mencegah keracunan
Menyingkir parasit pada usus
Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi
Mengandungi bahan anti penuaan
Membantu menguatkan tenaga batin
Membantu mengatasi kesan melecur
Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit
Membantu melegakan athritis dan sciatica
Membantu menjauhkan kanser usus

Penggunaan:
Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

Virgin Olive Oil

Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
Penyembuh Pelbagai Penyakit

Cik Yuyun : Apa lagi..moh kita telan beramai2 hehehe :P

Related Posts with Thumbnails