Sunday, May 23, 2010

ehiksss :P

Hinggap di daun si burung merpati
Mati di timpa ranting meranti
Seratus tahun sanggup menanti
Tuan tak pernah luput di hati

Apa guna pasir setambun
Kalau tidak setinggi duduk
Apa guna kasih setahun
Kalau tidak seumur hidup




Apa khabar nasi di daun
Nasi di talam bagai nak basi
Apa khabar tinggal setahun
Tinggal semalam bagai nak mati

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu bercerai
Kuasa Allah siapalah yang tahu

~ Aliya & Hadi/Ku Fitri & Andriyana

Petikan pantun dari novel TANAH ANDRIYANA
dr novelis terkenal Noor Suraya.
tadi baca sekejap..yeah..
sempat melelehkan air mata.sedey doh citer ni..
hehehe :P


Related Posts with Thumbnails